Tuesday, November 16, 2010

Rahsia Terpendam

        Aku ingin melarikan diri daripada keserabutan ini. Fikiranku sudah tidak tenang lagi di sini. Aku terpaksa menanggung segala penderitaan. Sememangnya penantian itu suatu penyeksaan dan aku kini mengaku kalah. Aku tidak dapat bertahan lagi. Kesabaranmu sudah menipis. Manakala kecekalan hatiku telah hilang dalam kegelapan masa depanku.

Jangan mudah jatuh cinta

        Semua ini angkara insan bernama Shahrul Razi. Aku tidak tahu kenapa hatiku mudah percaya pada lelaki ini. Aku juga tidak menyangka aku boleh jatuh cinta padanya sedangkan selama ini Hisham Syary merupakan insan teristimewa yang sentiasa bertakhta di hatiku. Adakah ini dinamakan takdir? Atau lebih tepat suatu dugaan yang maha berat bagiku. Aku sememangnya tidak berdaya lagi setelah apa yang terjadi pada diriku angkara Shahrul Razi. Dia sememangnya lelaki pengecut yang begitu takut mengakui kesilapan sendiri. Dan disebabkan sikapnya itu, dia lari dari tanggungjawab hasil daripada kesalahannya itu. Maka tinggallah aku seorang wanita yang perjalanan hidupnya sentiasa dirundung malang dan awan kelabu.

         Jika hendak diikutkan hati, mahu saja aku menamatkan nyawaku sendiri agar puas hati semua pihak. Agar Shahrul Razi boleh ketawa keriangan kerana berjaya melepaskan diri dari bebanannya itu. Namun sampai mati, aku tidak akan memaafkan segala perbuatannya itu. Akanku tuntut pembelaanku di akhirat demi keadilan yang tidak dapat ditegakkan di dunia ini. Shahrul Razi tidak akan terlepas dan setiap saat nafasnya pasti tidak akan tenteram kerana penganiayaannya terhadapku.

        Tak siapa tahu penderitaan batin yang kutanggung. Benar dari segi lahiriah, aku cukup pandai menyembunyikan diri dengan menzahirkan perwatakan yang ceria bagai tiada masalah. Namun sekali-sekala batinku yang terseksa itu terlepas keluar dan wajahku akan menjadi murung serta- merta. Hanya mereka yang sempat menyaksikan perubahan drastik diriku  itu  dapat mengesyaki ada suatu yang tidak kena pada diriku.
Hati berkecai

      Tapi tidak sekali-kali aku akan menceritakan sebab kemurunganku ini walau didesak dan dirayu. Aku adalah wanita yang cukup pandai menyimpan rahsia sehingga rela membiarkan beban itu memakan  hati hingga hancur luluh dan berkecai.

        Keluargaku tidak mengetahui apa-apa kerana kebiasaannya aku bersikap mendiamkan diri tentang hal peribadiku. Hanya sekali-sekala kuluahkan isi hatiku secara tidak langsung dan cukup berlapik. Ada juga dalam keterpaksaanku memberikan isyarat pertolongan namun keluargaku tetap tidak dapat mengenalpastinya. Mungkin mereka juga sibuk dengan masalah masing-masing  dan sudah tidak mengerti lagi isyarat halus darah dagingnya sendiri. Aku tidak menyalahkan mereka kerana banyak yang mereka tidak tahu tentang diriku. Mereka hanya kenal aku sebagai watak aku di rumah.

         Di luar dan di mana sahaja di muka bumi ini yang bukan rumah, perjalanan hidupku sememangnya pilu dan menyedihkan. Luka demi luka menghiris hidupku sehingga aku merasakan usia mudaku hanya berlumuran darah dan penuh kelukaan. Aku bukan lagi muda dan sihat pada pandangan zahir tetapi sudah lelah dengan penderitaan. Nafasku sudah sesak dan nyawaku mungkin berakhir pada bila-bila masa. Hanya doaku ingin mati dalam keimanan dan bukan kerana putus asa.

        Aku tidak tahu samada adikku yang tidur sekatil denganku itu tahu bahawa malam-malamku banyak dilalui dengan tangisan? Mungkin tidurnya nyenyak , lena dibuai mimpi sedangkan aku menderita insomnia setiap malam. Air mataku amat mudah mengalir di malam hari tatkala kesepian menguasai ruang waktu.  Dan tangisanku adalah tangisan kekecewaanku atas kehidupanku yang tidak menentu. Luka dan dilukai. Belum sempat luka lama  menyembuh, luka lain datang silih berganti.

        Kadang-kadang tika keluargaku sibuk berbincang hal diri masing-masing, aku memencilkan diri di suatu sudut dan menangis. Aku tiada apa hendak dibincangkan kerana aku merasakan diriku adalah kambing hitam dalam keluarga. Dan jika aku meluahkan walau hanya setitis rahsia hidupku, pasti mereka terkejut dan sukar menerimanya. Aku tetap memilih menjadi insan yang penuh rahsia. Paling malang, tika ahli keluargaku bergelak ketawa, aku menangis dalam diam.

        Adakah keluargaku tahu bahawa aku pernah beberapa kali cuba menamatkan nyawaku sendiri? Entah berapa kali pil-pil merbahaya kutelan lantaran desakan penderitaan. Dan ada kalanya sengaja kuminum campuran herba yang berbisa dengan harapan perutku akan pecah dan aku akan mati sahaja! Acapkali juga di malam dingin tika adik dan ibuku sedang nyenyak tidur aku memberanikan diri keluar rumah meredah kepekatan malam dengan harapan ada penjahat menikam aku sehingga mati. Namun Tuhan tetap melepaskan aku dari pelukan maut. Aku terharu kerana Tuhan masih memberiku  peluang untuk hidup di bumiNya. Dan rezekiku sememangnya ditakdirkan sedemikian rupa untuk hidup penuh penderitaan.

        Namun aku tetap benci dengan apa yang kulalui. Aku sememangnya mempunyai sejarah silam yang panjang dan memedihkan. Aku tidak mahu mengenangkannya tetapi ingatanku tetap kukuh mengingatinya. Aku mahu lupa pada segala kenangan pahit . Aku menjadi lemah kerana igauan-igauan silamku yang menakutkan. Sedari kecil, aku sudah merasai beban tekanan perasaan. Puncanya biarlah aku merahsiakannya. Aku tidak betah lagi melakarkan sejarah hitamku. Diari-diari kehidupanku sudah tertulis sejak azali dan aku tetap perlu menerimanya walaupun pahit.

        Adakah penderitaan yang begitu hebat yang kutanggung kini kesan daripada kisah silamku? Mungkin disebabkan sumpahan Along Wijaya yang ingin melihat aku hidup tidak tenteram kerana tindakanku meninggalkannya dahulu. Tapi salahkah aku meninggalkannya setelah dia tergamak memusnahkan masa depanku. Dunianya penuh kegilaan dan aku boleh jadi gila jika terus bersamanya. Kehidupannya amat pelik dan ragam keluarganya juga memelikkan. Kata-kata manisnya tidak dapat membeli cintaku.
Perlu ke percaya dengan lelaki?

        Atau mungkin kerana dendam Abang Zack  yang mula membenci semua wanita keranaku? Adakah dia turut mendoakan kehancuran hidupku gara-gara surat putusku sebanyak  lapan  helai? Putusku kerana terpaksa dan jua kerana masa depanku dan masa depannya. Tetapi jelaslah kini masa depanku tidak sebaik masa depannya yang mungkin kini di ambang kejayaan. Aku mengharapkan dia menerima penjelasanku dan memaafkan diriku.

        Bagaimana pula dengan Abang Uda yang kutinggalkan dengan cerita bahawa aku sudah mempunyai teman lelaki yang sedang belajar di negara Matahari terbit. Sememangnya itu adalah cerita benar dan bukan rekaan tetapi temanku itu sudah lama menyepi tanpa berita. Hanya doaku dia akan pulang menemuiku walau tanpa cinta kerana aku sudah bersedia menerima suatu lagi kelukaan.

        Nyawaku kini mungkin dipanjangkan dengan sisa-sisa nafas cinta Hisham Syary terhadapku. Aku sedar cintanya tulus padaku dan aku juga begitu menyayanginya dan dia jualah insan pertama yang kucintai. Mungkin akan kekal buat selama-lamanya aku menyintainya walau dalam kejauhan dan penderitaan. Cuma yang aku kesalkan, keluargaku tidak merestuinya dan kerana itu sampai bila pun cinta ini menjadi cinta terlarang. Kuasa cinta nampaknya tewas juga tanpa restu keluarga. Hanya denyutan jantungku masih bernafas kerana sisa-sisa cinta itu masih kuat menyala. Hakikatnya aku tetap perlu menerima kenyataan bahawa aku bukanlah insan bertuah dalam melayari kehidupan dan alam percintaan. Kubertekad untuk melarikan diri dari cengkaman kepahitan. Sehingga kini aku berlari……..


Aku percaya, di sebalik kedukaan itu akan ada sinar mentari kelak


Karya: Anna Abadi
*Laman web sumber ini telah di tutup kerana ownernya telah meninggal dunia...Al-Fatihah.

Monday, November 15, 2010

Nota Cinta

Nota Cinta

Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah 
Sumber: http://liriknasyid.com 
*Ya Allah, temukan aku jodoh yang telah Kau tetapkan di azali lagi.....Amin

Pandangan Tentang Cinta

Hari ini aku bersiar-siar dengan teman baik aku di sekitar Jalan TAR dan Masjid Jamek. Kelihatan pelbagai ragam cinta manusia yang aku lihat. 
Cinta remaja yang memberikan impak positif dan negatif...(ada positif ke)


Bermula dengan menunggu bas, aku melihat seorang remaja lelaki sedang memberhentikan motosikal. Selang beberapa minit datang remaja perempuan menjadi pembonceng kepada remaja lelaki tersebut. Di mata kasar aku umur mereka sekitar 16 tahun sahaja. Di minda aku ketika itu, tahukah family mereka akan perbuatan remaja perempuan tersebut???
Cinta tidak semestinya membahagiakan


Aku sampai di Pasar Seni sekitar jam 12 tengah hari. Sementara menunggu rakan ku sampai aku terus menjadi pemerhati kepada ragam manusia sekitar pasar seni. Pelbagai gelagat yang membuat aku tersenyum sendiri.Antaranya pergaduhan kecil antara pasangan yang mungkin cemburu atau masalah lain. Ada juga pasangan suami isteri yang berjalan bersama tapi jarak nye lebih kurang 4meter. Berbanding dengan pasangan remaja atau masih muda, tiada satu meter pun jarak dengan pasangan masing-masing.

Aku bercerita bukan kerana aku berperangai baik. Aku sedar setiap insan ada buruk dan baik nya. Orang boleh menilai namun penilaian itu tidak semestinya betul.

Bagi aku, cinta itu mudah bosan, cinta itu mudah di kecewakan, cinta itu mudah di khianati, cinta itu penuh suka dan duka. Namun cinta juga memberikan aku keceriaan di sepanjang hari pada suatu ketika dahulu.....itu aku pasti!!!!
Cinta itu pernah menncerikan hidup aku walaupon hanya seketika.



*Coretan peribadi

Thursday, November 11, 2010

Inilah Cinta


Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

Penyanyi: Akim AF7

Cinta


Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yangg ku mau
Tempatkan aku pada satu
Peristiwa yang membuat hati lara
Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akan kah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita
Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa
Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita
Akhirnya harus bahagia
Cinta
Biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagai manapun hidup
Memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan
Cinta…..

Penyanyi: Melly Goeslaw & Krisdayanti

C.I.N.T.A

Apa Itu Cinta Sejati?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.



Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Moral:
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur” (Saidina Umar Ibnul Khattab)








Cinta

·       Cinta kepada Allah S.W.T
·       Cinta kepada agamaku
·       Cinta kepada keluargaku
·       Cinta kepada rakan-rakanku
Cinta kepada semua…

·       
 Moral:
Kerana CINTA itu nikmat yang di anugerahkan kepada semua makhluk Nya……

Wednesday, November 10, 2010

Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan

Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada Cinta, Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan, Kesedihan dan sebagainya. Pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai datang menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta. Tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.

“Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!” teriak Cinta. Dengan segera Kekayaan pun menjawab, “Ohh! Maafkan aku Cinta”, kata Kekayaan. “ Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagi pun tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini.”

Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan sebuah perahu.

“Kegembiraan! Tolonglah aku!” teriak Cinta. Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan Cinta. Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.

“ Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!“ teriak Cinta 




“Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini.” sahut Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta mula menangis terisak-isak.

“Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak mempedulikan aku?” rintihnya sayu.

Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pulak Kesedihan dengan perahunya.


“Ohh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu,” kata Cinta.





“Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian…” kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya. Cinta sudah mula putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. “Oh Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa Cinta?.”

Pada saat yang kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya, “Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!.” Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.

“Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata orang itu.

Cinta pun bertanya lagi. “Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku,” tanya Cinta kehairanan.

“Sebab, hanya Waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu…” kata orang itu. Setelah itu fahamlah Cinta akan kepentingannya di dunia ini.

Moral:
Adakah CINTA perlukan KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN dan KEGEMBIRAAN?